Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


UMNO MENDAULATKAN “MAHAFIRAUN” DI SINGGAHSANA

Amin Sapiro (Menggeleng kepala..!)

ORANG Melayu begitu malu dan kesal melihat saudara mereka di puak UMNO yang kununnya mengaku diri “orang perjuangan”. Mereka berbangga – sesungguhnya UMNO sebuah parti tunjang Melayu dengan 50 anggota MKT, 2,000 perwakilan, lebih 70 anggota Parlimen.

Mereka bermegah dengan angka lebih 2 juta ahli (kunun). Setiap tahun mereka dilihat merafa’kan sembah mengulang-ulang ikrar umpama rakyat Mesir purba mengangkat Firaun sebagai Tuhan dan raja mereka.

Untuk kesekian kali, puak UMNO semakin jelas menabalkan seorang Firaun alaf baru ciptaan mereka sendiri dan mendaulat ia menjadi “mahaFIRAUN”.

Kerana itu, sekaligus saudara-saudara kita Melayu UMNO semakin hilang keyakinan dan jati diri. Seolah-olah, mereka menafikan kebijaksaan yang dianugerahkan Allah swt. kepada mereka. Seperti sudah tidak ada lagi.

Dilihat, mereka semacam tidak mampu berfikir secara rasional untuk melihat dengan mata kepala ke dalam diri mereka dan masyarakat disekeling dalam kelompok mereka. Seolah-olah mereka tidak pernah bertanya, “Apakah Mandeliar yang seorang ini manusia terbaik mengatasi mereka semua?”.

Semakin nampak, puak UMNO sudah kehilang wadah, jiwa, rohani dan harga diri. Mereka lebih selesa bermalas-malas dan mengharap orang lain memimpin mereka. Mereka sanggup menyerahkan untung nasib diri dan kaum mereka kepada taqdir tanpa berfikir bahawa mereka punya peranan menegakkan Keadilan dan menumbangkan Kezaliman

Puak UMNO ini semacam memilih untuk menyerahkan hak dan tanggungjawap diri mereka terhadap bangsa, negara dan agama kepada orang lain. Apakah mereka layak direstui sebagai pemimpin?

Tidak salah anak-anak muda yang berpendidikan dan berminda terbuka mencari jalan keluar dengan tidak menyertai UMNO. Mereka terbukti menjana satu kelainan dari amalan lazim yang dijadikan dasar mentadbir diri oleh “Blodok-blodok” goblok brensek bangsat dalam UMNO yang hidup atas keringat rakyat yang dikaut secara korup.

Pemimpin UMNO sudah hilang pegangan ‘cybernetics’ dengan ummah seagama; hingga seorang menteri yang bertanggungjawap mengenai Hal Ehwal Agama Islam pun mengikrarkan sumpah perlantikannya di hadapan seorang bukan Islam. Sudah matikah semua Speaker Dewan Rakyat yang beragama Islam?

Itu baru satu contoh ketidak-prihatinan puak UMNO yang kununnya berjuang mendaulatkan Islam. Malang!

Sehari dua dulu, sudah diraya dan ditabalkan pula seorang “mandeliar” dengan selamat penuh agam. Bermakna, selamatlah fungsi UMNO melaksanakan agenda membantu seorang “munafiq tua” merampok tanah pesaka orang Melayu dan jadikan milik dan tadbirnya.

Puak UMNO bermegah dianugerah pingat “Patih Karma Wijaya” (PKW). Berpusu-pusulah mereka menjulang “baginda paria” itu setinggi langit; sementara ahli UMNO yang berbaki melopong – papa kedana sampai ke anak cucu hingga ke cicit..!!

Isyy…. Bijak UMNO. Bijak! Bijak!! Tak akan hilang Melayu di dunia. Iya kah?

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 5 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com