Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


UMNO MAHU DIREFORMASI? JANGAN JADI MAT JENIN LAH.. Hahah..! (2)

Amin Sapiro (Maaf..! Kami Blah dulu….!!)

Bah. 2

UMNO Ketinggalan Keretapi?

KONSEP “Reformasi” tumbuh dalam UMNO. Memang. Lihat ucapan Anwar di Johor tahun 1996 dan disokong oleh Musa Hitam. Di waktu itu memang cukup ranum. Anwar telah menyarankan “UMNO harus direformasikan” (lihat juga ucapan Zahid Hamid di Perhimpunan Pemuda 1976).

Tetapi ia telah ditolak oleh UMNO (khusunya Mahathir. Beliau cukup marah dan dengan angkuh dan biadap sanggup memalukan Zahid di depan Perhimpunan. Pemimpin UMNO diam saja. Bermakna, UMNO tidak menyukai reformasi itu.

Akhirnya Mahathir yakin dengan angkuh bertukar menjadi “Bapak KONSPIRATOR”. Anwar dibuang tanpa perbicaraan yang adil. Elit kepimpinan MKT UMNO tidak menyebelahi kebenaran Anwar secara protes lantang; malah terbukti sudah kemudiannya, MKT dan 2000 Perwakilan UMNO kaku, bisu dan kecut-mecut “buah sentul”.

Mereka masih menyokong agenda Mahathir hingga hari ini. Mereka mengharapkan perjuangan reformis akan reda. Ternyata sebaliknya. Dengan kekuatan dalam BA, dan kerana itu, UMNO semakin aib. Sekarang UMNO/BN sudah semakin hilang keserasian dengan iltizam pendukung Reformasi dan Islah (ie. KeADILan dan PAS). UMNO sudah melepek sperti ‘lempeng kering dilenyek compactor steam-roller’.

Tambahan pula, UMNO sudah bertukar jadi parti yang semakin “pendendam dan pengkianat kehidupan lebih 1 juta warga Terangganu (Kelantan lagi?) dengan penarikan Royalti Minyak, pemecah konsep Federalisme dan pelanggar Perlembagaan Negara (yang jadi kontrak sosial rakyat) dan cuba pula menubuhkan “kerajaan dalam kerajaan” di Terengganu. Apa ini?

Tengok tindakan Ali Rustam dengan kebodohan “socio-political management” paling “unpolitical” di Melaka. Kalian fikir 1.8 juta anak muda penyokong Pembangkang itu dungu-bebal macam haprak-haprak UMNO kaaaa…?? Hihihhi……!! (maaf kasar sikit).

“UMNO Baru(A)” Bukan “UMNO Asal”

Regim Mahathir sudah terlalu jauh terlajak hingga menafikan “Keadilan rakyat”. Sebaliknya kalian semakin nampak “menegakkan Kezaliman”.

Buktinya, lihat saja apa nasib seorang pemimpin yang lebih telus dan berkarisma besar dan lebih bewibawa dikhianati dan dipurukkan dalam penjara oleh Mahathir sebagai “the prisoner of conscience”. Tidakkah regim Mahathir sudah terlalu jauh terlajak hingga tidak semudah itu berpatah kebelakang? Fikir sendiri.

Terimalah realiti ini bahasa regim Mahathir sudah terlalu jauh terlajak hingga sudah merosakkan UMNO/BN cukup buruk sekali. Jangan Mahathir cuba menyamakan UMNO Baru yang telah dibaru(A)kan nya dengan kehebatan dan keterampilan UMNO Asal hasil perjuangan anti-Malayan Union yang diteramilkan melalui ‘statesmen’ allahyarham Tunku, Tun Razak dan lain-lain. Orang Melayu sudah tolak habis-habisan. Tidak ada nostalgia itu lagi!!

Jika Mahathir cuba memterampil dan mengambil kerja baik UMNO Asal dan MENCIPLAK imej pemipin terdahulu; perbuatan itu akan mendorong orang UMNO yang tersisa dalam UMNO membuat perbandingan antara 3 zaman yang mereka pernah lalui; ie antara ‘UMNO Lama’ dengan ‘UMNO Baru(A)’ dan kini sudah semakin jadi “uMMno” (Union of MAMAK-MALBARI Nesynal Organisation), ie. Fasa ke-3. Hihihhi… UMNO sudah hancur. Sekarang sudah berpindah kepada Pembangkang Melayu!!

Ramai penyokong bekas UMNO Asal (yang masih akur menyokong UMNO Baru(A)) telah cabut dan menyebelahi Pembangkang bila Anwar dikhianati (lihat keputusan P/raya Nov. 99). Sekarang, setelah UMNO Baru(A) dijadikan oleh Mahathir “uMMno” (lihat perlantikan Senator-senator Malbari jadi Menteri) – nisbah 32% Melayu penyokong dulu akan tinggal ranting dan daun kering saja.

Walaupun ada mereka-meraka yang mendapat faedah semasa menerajui dann menyokong UMNO dulu; tetapi sekiranya pucuk pimpinan UMNO berlaku biadap, kurang ajar dan keluar dari norma-norma kemanusiaan; fikirlah ini bahawa “Wang tidak akan merelakan pembunuhan nilai-nilai murni kemanusiaan. Jika pemimpin UMNO berfikir untuk merelakan Mahathir berbuat begitu bermakna UMNO adalah “a gang of MAFIOSO”. Lantiklah Mahathir adalah “Don Corleon” nya, dan tunggulah rakyat akan menghukum mereka yang sekongkol.

Siapa Pemimpin “uMMno” Sekarang?

Mungkin akhirnya “UMNO Baru(A)” yang sudah dikhatan oleh Mahathir menjadi “uMMno” itu akan HANYA disokong oleh ahli-ahli “Persatuan Pekedai Runcit dan Pengendali Restoran Kari Kepala Ikan @ Nasi Kandar Mamak-Malbari Se Malaysia” saja (hihihi…sindiran cuma). Biarlah – orang Melayu sudah ada Parti lain!!

Lihat: Para nelayan di Terangganu dan pesisiran pantai seluruh Malaysia, pesawah dan pekebun Getah dan Sawit, setenggan dan buruh bergaji murahan, peneroka bandar yang tidak cukup pendapatan membeli rumah murah yang mahal, lapisan masyarakat yang tahu pembohongan dan agenda Mahathir sudah BERPADU menyebelahi Pembangkang Melayu.

Golongan Miskin Dan Berada Sokong Pembangkang

Baca realiti kemenagan YB Amin Ali (BA) di tengah-tengah masyarakat pertengahan di DUN Ampang. Ia membuktikan bahawa BA mendapat sokongan pengundi berpendapatan sederhana. Bacalah realiti kemenangan YB Sifuddin Nasution di Lunas. Kesemua itu adalah petunjuk bahawa BA sedang dihayati dan disokong oleh rakyat berpendapatan sederhana dan rendah. Bermakna UMNO/BN sudah terperangkap.

Masihkah UMNO/BN cuma mengharap 5% mereka yang menerima imbuhan rasuah dengan gaji lumayan seperti Ketua Polis Negara, Peguam Negara, Hakim Negara dan kakitangan awam yang rakus seperti bekas KP Unit Perancang Ekonimi itu? Atau sekelumit mereka yang menganggotai Isu “Tidak Melayu Hilang Di Dunia” itu? (Ih..ih..ih..!!)

Jadi isu “Perpecahan Melayu” tidak timbul sekarang. Isu “Tidak Melayu Hilang Di Dunia” cuma agin panas – ala gendang-ronggeng tin kosong saja! Orang Melayu sudah tahu agenda mereka yang menerajuinya.

Ini termasuklah angan-angan “Mat Jenin” pengendali Laman “Reformasi UMNO dot com” yang bersifat “bernafsu ganas tenaga kurang” (maaf perlu cakap).

Approach, masa dan ketika melakukan reformasi dalam UMNO sudah salah letak; sebab kalian yang bergelar pemimpin UMNO tidak “bend the steel while it was still hot”. Sudah cukup-cukup terlambat. Besi itu sudah “mempelengkung” kepala kalian. Tahanlah sakitnya hingga melepasi tahun 2004, insyaAllah!

Mungkin beberapa kerat pemimpin UMNO (khususnya) akan mampu setakat mempertahankan kerusi Parlimen atau ADUN sendiri – tetapi jangan harap kalian mampu pertahankan UMNO/BN ‘as one single parti sebagai parti memerentah”. Kerana, pemimpin UMNO yang sudah masak dengan taktik UMNO (sekarang sudah menerajui Pembangkang Melayu) sudah tahu “trick of the trade” UMNO/BN.

Lihat saja apa jadi di Lunas. Postmortemlah baik-baik dan jangan bikin taktik kotor lagi. Kelak diri sendiri yang terjerat dan tererangkap!! Itulah manifestasi jika pemimpin lupa “the people power”..!!

Barang diingat, orang Melayu golongan lapisan kurang berada semakin terpinggir, dan hak mereka (terbukti) semakin dicekik dan dikaut secara rakus oleh pemimpin UMNO/BN. UMNO/BN menganggap diri masing-masing sebagai “the cream of the society” dengan jolokan “UMNOPutera”. Mereka boleh buat apa mereka suka – walaupun memecah undang-undang negara. Itu silapnya!

Inilah antara faktor yang menjana penentangan yang semakin kuat dari dalam UMNO sendiri. Sekali lagi ‘sample’ di Lunas adalah manifestasi sebenar apa yang akan berlaku pada 2004.

Dasar Busuk: “NKKK” & “Kleptocracy”

Bukti-bukti rasuah dan krosnisme yang dilemparkan oleh Pembangkang ke muka regim Mahathir dan menteri Kewangan Daim Zainuddin, hingga hari ini, tidak ada satu yang terjawab oleh pemimpin UMNO/BN. Malah, bukti-bukti semakin ampuh meledak dan satu demi satu terbit dipermukaan sosio-ekonomi dan pentadbiran negara. Mereka sah “bapak penyeleweng”!!

Sebagai bukti, Nepotisme, Kronisme, Korupsi dan Kolusi (NKKK) yang mendarah daging dalam pentadbiran regim Mahathir, semakin nampak kian berwenang-wenang dilakukan, dengan kemungkinan besar akan terus dilakukan oleh pemimpin regim ini secara berleluasa.

Terdengar desas-desus bahawa baru-baru ini hampir RM20 billion bond pinjaman luar negara telah diapung oleh Perbadanan Ushawan Nasional Berhad (PUNB) untuk membailout kroni pemimpin regim ini tanpa kelulusan Parlimen. Bermakna regim ini memperhutangi rakyat miskin demi kepentingan diri dan kroni mereka.

Ini adalah pertambahan dari hutang luar negara yang sedia ada sejumlah RM160 billion – dan faedah makin meningkat, walhal manfaatnya kepada rakyat belum pasti.

Dengan itu, kerajaan pimpinan Mahathir sudah semakin tepat menganut faham “KLEPTOCRACY” yang bermaksud “Kerajaan Perompak” (The Government of Thieves. Rujuk: Hari Heath, July 2000 Idaho Observer: July, 2000).

Ejekan itu semakin tepat dengan terbuktinya beberapa kes penyalahgunaan undang-undang untuk mengapung kepentingan korporat anak-anak, suku-sakat dan Kroni yang ada petalian kepentingan dengan mereka bergelar pemimpin itu.

Mereka yang sekongkol dalam “Nepotisme, Kronisme, Korupsi dan Kolusi” itu, kewujudan faktor yang memusnahkan ciri-ciri demokrasi, perampasan hak dan kebebasan bersuara media rakyat, dan penggunaan kuasa polis dan ugutan “tangkap dan penjara” yang diarah oleh regim Mahathir – telah meruntuhkan daya tahan regim Mahathir yang didukung oleh UMNO/BN yang semakin dibaruakannya..!!

Apakah pemimpin UMNO berkesanggupan menjana reformasi menurut jalan Reformis BA? Kalau ada jiwa dan iltizam begitu – Nah! AYUH…..BA sudah menyediakan platform untuk anda. Buat apa bikin susah-susah mau reform UMNO kalau anda akan dibelantan juga, dong..heheh!! Tambahan pula, reformis dalam kelompok UMNO macam nyamuk cuma!!

Mampukah Gagasan “Tidak Melayu Hilang Di Dunia” Berfungsi?

Pembangkang Melayu semakin nampak bahawa Mahathir dan vetren UMNO sudah semakin resah dengan ledakan sokongan beralih dari UMNO. Mereka berkumpul dalam NGO “Tidak Melayu Hilang Di Dunia” itu semata-mata kerana sayangkan UMNO, bukan sayangkan Melayu.

Personaliti yang hadir adalah muka-muka yang sudah mendapat nikmat kayaraya secara rasuah dan penyelewengan. Jika Rahim Thamby Chik, Ghafar Baba, Ibrahim Ali (yang lain belum tau siapa) adalah antara mereka, maka sudah nampak bayangnya bahawa mereka itu bermaksud berkumpul untuk menjamin supaya “mereka tidak hilang harta rompakan” saja.

Agenda seperti ini akan memburukkan lagi imej UMNO dan sekaligus mencederakan hubungan UMNO dengan komponen BN bukan Melayu.

Tepat sekali jika Pembangkang Melayu menolak tidak menganggotainya, kerana falsafah “TMHD” itu bertentang dengan perjuangan mereka yang berhaluan tengah yang serba adil.

Mahathir & UMNO/BN Wajar Baca Mood Rakyat

Tentu anda ingat: Sokongan politik kepartian adalah berasaskan keyakinan dan sokongan rakyat terhadap pemimpin. Jika faktor ini sudah tandus, alamat parti itu akan terkubur. J

Jika rakyat sudah mulai curiga, itu pertanda awal kejatuhannya. Jika rakyat sudah tegak berjuang menentang, regim itu pasti akan tumbang.

Dengan itu, Mahathir dan UMNO/BN wajib membuang imej paling kotor yang menyaluti batang tubuh parti dan pemimpin mereka terlebih dulu. Itulah “reformasi” yang UMNO harus buat dulu.

Hematnya, sesebuah regim penganut “Kleptocracy” tidak panjang umur!! Gejala inilah yang bakal menumbangkan regim Mahathir pada 2004 nanti – sekaligus “uMMno” akan lenyap dicelah lipatan sejarah… Amin, ya Rab..!!

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 1 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com