Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


UMNO MAHU DIREFORMASI? JANGAN JADI MAT JENIN LAH.. Hahah..! (1)

Amin Sapiro (Maaf..! Kami Blah dulu….!!)

Bah. 1

Tengku Mansor Tengku Mahmud yang mengendalikan lamanaWeb Reformasi “UMNOnya” dan cuba mensiasiakan masa dan tenaga untuk memutar jarum UMNO (‘uMMno’) kebelakang, kita akui itu haknya. Bodoh-bodoh pun itu haknya.

Tetapi masa dan gelombang sosio-politik rakyat dan orang Melayu semakin jauh menuju era Reformasi dan Islah tidak akan menunggu UMNO yang sudah ketinggalan angin. Kapal Reformasi Pembangkang Melayu sudah sudah jauh ke tengah lautan dan tiupan angin yang ditunggu-tunggu pemimpin UMNO macam si Tengku kita itu sudah mati. Barang angkutan sudah membusuk dalam kapal UMNO.

Orang Melayu semakin dan sudah bersatu dan berpadu. Adalah satu pembohong Mega mengatakan “Melayu berpecah”. Saki-baki penyokong UMNO yang tinggal segelintir dalam parti itu tahu, dan kompnen BN juga pun tahu bahawa orang Melayu tidak pernah berpecah seperti yang diwarwarkan oleh Mahatir dan “uMMno”nya.

Orang Melayu HANYA berpecah dan berbondong meninggalkan UMNO. Malangnya, sementara lebih dari 70% orang Melayu sudah meninggakan UMNO, saki baki pemimpin parti itu (UMNO) masih terkial bagai ‘si kancil yang tersepit kaki dicelah geraham buaya lapar’; kununnya cuba melakukan Reformasi dari dalam.

Gejala “Mat Jenin” dan nostalgia lapuk yang masih meyakini kununnya “UMNO” yang telah diMamak-Malbarikan Mahathir dan masing-masing berbuih mulut mahu ditakrif “uMMno” sebagai UMNO Lama, semakin telah menyesatkan pemimpin UMNO ke simpang lain. Mereka sudah jadi penyokong gerombolan Perasuah dan Konspirator politik paling busuk dan jahat, kerana mereka adalah sebahagian dari pelaku Rasuah dan Konspirasi politik yang menjijikkan itu.

UMNO berjuang dengan pengaruh “wang”, tetapi Pembangkang berjuang dengan “semangat” dan keikhlasan. ‘Wang’ adalah ‘limited resources’, tetapi ‘Semangat’ adalah sumber yang tidak terhad. Wang membawa masalah kepada politiking dan masalah yang berpanjangan, tetapi semangat akan membawa ‘espiri de corp’ dan toleransi berakhir dengan kemenangan.

Berikut adalah pandagan yang merumuskan hasil pemantauan terdekat dengan menyelami lubuk hati orang Melayu. Bacalah sebelum puak UMNO berkeras mahu “mereformasikan” UMNO. Terserah..

````````````````````````````````

“Think-Tank” UMNO Semakin Sialap Strategi

Hematnya, jika rumusan orang-orang @ karekter seperti yang disebutkan dalam rencana awal “Petanda Kemusnahan Kepimpinan Dr. Mahathir-UMNO/BN & Ledakan Kesedaran Massa”, didengar dan dipercayai oleh “think-tank “ dan strategist UMNO/BN, PASTI kesan yang akan “back-fire” kepada UMNO/BN akan melejang ke tahap yang lebih buruk lagi berbanding dengan tragedi yang dialami UMNO/BN November 1999 lalu.

Jangan pemimpin UMNO cuba manafikan (diperingatkan begitu kerana itulah kelaziman sikap mereka), bahawa kemaraan sokongan rakyat dan lapisan muda yang berpendidikan, berminda terbuka dan semakin mengerti hak-hak mereka, dan kini mereka semakin ampuh memberi sokongan kepada Barisan Alternatif (BA); harus ditafsir sebagai suatu arus ledakan politik massa paling gamat sejak negara mencapai Kemerdekaan 43 tahun lalu.

Penyokong Pembangkang Muda Sudah Bersedia

Dr. Mahathir harus sedar bahawa pengundi muda pada 2004 dianggarkan 1.8 juta. Mereka sudah siap dengan emosi dan jati diri menyebelahi Pembangkang.

Gelombang perjuangan Pembangkang BA yang wujud kebelakangan ini adalah hasil ledakkan dari ketidakpuasan hati mereka melihat setiap komponen UMNO (samada Pemuda, Wanita dan Induk) semacam membudayakan “sindrom takut”, bersikap pasif dan tidak memihak kepada rakyat marhain yang tersepit. Ini tidak akan merobah apa-apa, sebaliknya menjerumuskan UMNO ke jurang yang lebih dalam.

Buktinya: Zahid Hamidi dan orang selepasnya wajar sangat disimpulkan sebagai “kaki temberang” dan “pengecut berjiwa kerdil” paling ketara dalam sejarah Pemuda.

Dalam Perhimpunan tahun 1996, beliau dibelasah oleh Mahathir – akhirnya melutut, lemah meliuk terkulai longlai bagai batang keladi diganggang api apabila kesempatan sudah ada. Orang selepas beliau pun kecut-mecut hingga bergelar “Pondan Siam” kerana diugut oleh “inner cirle” Mahathir-Daim. Ini bukti wujud permasalahan melibat kepentingan diri yang memperkuda nilai kepimpinan dalam UMNO!!

Wanita UMNO paling buruk perangai dengan menyokong Rafidah Aziz yang diketahui korup (dengan bukti nyata) dan masih dibiarkan melata tanpa membersihkan diri. Jangan bagi alasan kemenangan Rafidah yang cuma 12 undi menunjukkkan suatu penentangan Wanita. Itu alasan bodoh! Fikirkan kebenaran tanggapan rakyat.

Jika Wanita betul-betul peka dan berhasrat menegakkan kebenaran, keadilan, menolak kezaliman dan justeru itu berhasrat membersihkan UMNO – Rafidah wajar ditolak terus (100%), bukan? Apa yang berlaku sekarang? Keberadaan Rafidah sebagai Ketua Wanita itulah yang memberi Mahathir kekuatan untuk meneruskan agenda busuknya untuk melindungi perasuah disekeliling belaiu (termasuk dirinya sendiri). Kerana itulah Rafidah menjadi batu penghalang kepada reformasi dalam Wanita.

Sekarang sudah ada Shahrizat si ‘tanggaci’ Malbari yang naik pangkat jadi menteri balaci Mahathir cum kroni tukang cari wang untuk Mahathir-UMNO. Imej wanita semakin menghalau wanita menyebelahi Pembangkang Melayu.

UMNO Tidak Sehaluan Dengan Aspirasi Orang Melayu

Itu cuma untuk memberi contoh “tips of the icerbergs”. Segala fakta-fakta kesemberonohan gejala busuk dan buruk yang cukup berleluasa yang sudah mendarah-daging jadi amalan pemimpin UMNO selama ini. Kesemua fakta-fakta itu telah mendodorng wujudnya satu angka pertambahan sokongan dari anak muda terhadap Pembangkang Melayu (termasuk kaum lain) yang cukup tinggi (anggaran 1.8 juta). Bermakna UMNO sedang berperang dengan orang rakyat, khususnya Melayu.

Bukan saja angka jumlah itu sudah mampu memberi “off-set” kepada jumlah kelebihan majoriti kemenangan UMNO/BN sebanyak 3 kali ganda ie. berdasarkan jumlah kelebihan bilangan undi majoriti BN (Nov. 1999); – malah penyokong UMNO yang sedia ada pun sudah cabut. Dimanakah UMNO akan mendapat sokongan lagi? Tidakkah itu bermakna UMNO/BN akan lumpuh, dan berkemungkinan pemerentahan negara akan beralih tangan kepada Pembangkang? InsyaAllah..!!

Kekecundangan UMNO/BN Lebih Kompleks

Mahathir dan UMNO/BN tidak usah cuba menafikan fakta benar ini. Mahathir dan pemimpin UMNO/BN harus sedar bahawa punca terpenting yang menyebabkan Pembangkang (dengan sokongan pengundi yang pasti lebih 2.5 juta) berjuang/berjihad untuk menumbangkan UMNO/BN bukan lagi semata-mata atas isu Anwar sahaja atau bencikan kepada kepimpinan “biadap” Mahathir saja; malah lebih kompleks dari itu.

Kekompleksan isu-isu itu adalah saling “interwoven” dalam konteks parameters politik yang lebih luas (dan terus meluas. Ia menghasilkan senario saikologi socio-politik dan opportuni ekonomi (khusunya bagi orang Melayu) yang memberi tanggapan yang sangat negatif terhadap UMNO.

UMNO tidak menunjukkan daya keterampilan kontrak sosial sesama UMNO – acapkali pinda perlembagaan untuk disesuaikan bagi menegak sekumpulan orang berkepentingan.

Dalam konteks pemerentahan, UMNO menafikan hak-hak orang Melayu dan golongan yang tidak berada dan golongan pekerja (lihat rungutan Zainal Rampak MTUC) yang semakin dipinggirkan. Ini adalah kesan dasar penswastaan dan pengkopratan Mahathir yang yang salah tadbir oleh kroni terpilih demi menjaga kepentingan orang politik tertentu (siapa?); hingga ramai elit puak UMNO menjana peluang melakukan segala macam rasuah dan penyelewengan sesama UMNO/BN.

Pembangunan perindustrian tidak mengembangkan keusahawanan usahawan dan peniaga IKS (khususnya Melayu) – dibiarkan tanpa pengawasan, cuma setakat memberi peluang pekerjaan kepada “minah & mamat Kilang” saja. Tidak ada satu program pro-aktif yang boleh menjana daya keusahawan Melayu yang terpelajar dan terdidik dibidang teknikal yang boleh berkembang dan berkemampuan boleh subur. Semuanya melepaskan batuk ditangga tanpa diberi bantuan yang berkesan. Puncannya, kronisme dan nepotisme trlalu menggugat. Inilah yang menimbul frustasi golongan muda.

Pemimpin Menjarak Dari Rakyat

Hematnya, itupun cuma “tips of the icebergs” lagi. Dan, dalam “complex-whole” dan keseluruhan senario kacau-bilau dan ‘mud slinging’ dalam UMNO sendiri, akhirnya telah menyebabkan rakyat merasa terhakisnya hak-hak mereka sebagai rakyat. Itu semakin ketara semakin dicabul oleh pemimpin UMNO/BN.

Pemimpin UMNO/BN sudah semakin menjarak dan putus hubungan dengan rakyat sehingga tidak tahu realiti kehidupan/rintihan rakyat. Mereka semakin angkuh dan menafikan kritikan dan saranan rakyat – hingga pemimpin UMNO (khusunya Mahathir) sudah begitu angkuh dan menafikan realiti kedudukan dan kehidupan orang Melayu (khususnya) di kampung dan di desa-desa.

Contohnya: anak-anak Melayu tidak diberi biasiswa (sebaliknya pinjaman dengan faedah 4%) dan ibu bapak Melayu miskin merengkok menanggung hutang berjuta (jika anak mereka 5 orang). Pekebun kecil dinafikan subsidi walaupun mereka adalah penyumbang kepada “cess ekspot” (eg. Getah). Ushawan IKS Melayu terbiar tanpa penyelarasan yang efektif (Menteri UMNO seperti Mustafa Mohamad dulu menganggap keadaan sebagai ‘fait accomple’ tanggung beres – padahal masalah IKS Melayu berserabut macam rambut betina lacur sundalan bangun tidur), dan ratusan rungutan lain.

Kerana pemimpin UMNO yang berjawatan dan berkuasa terlalu cenderung “to take things for granted” – tidak berjejak di bumi realiti politik rakyat marhain, menolak kebenaran kewujudan pelbagai “aspects and facet” kesengsaraan sosio-ekonomi orang Melayu; mereka tidak pro-aktif.

Majoriti mereka yang berjawatan tidak nampak menggerakkan urustugas berasaskan kehebatan UMNO sebagai parti tunjang BN. Sebaliknya mereka bersenang-senang melakukan rasuah mengenyangkan tembolok masng-masing. Semakin memburukkan keadaan lagi apabila (sambil itu) Mahathir & Kroni melakukan jenayah rasuah dan penyelewengan untuk dirinya, anak-anak dan Kroni-nominee nya).

Semua ini menyebabkan anak-anak dan penyokong UMNO yang “insaf dan celik politik” dan bersimpati kepada bangsa sendiri telah menolak UMNO. Siapa yang tinggal dalam UMNO? (heheh… no body kecuali mereka yg rasuah dan pengkhianat bangsa dan agama saja..!). Ini bukan cerita yang sama dengan penubuhan S46 lagi. UMNO sudah mengahadapi masalah paling serius.

Orang Melayu Ampuh Memilih Pembangkang

Kini orang Melayu tidak ada pilihan melainkan menolak UMNO. Mungkin sokongan yang tersisa kurang lebih cuma 32% (ikut banci UMNO). Kerana tidak ada tanda-tanda UMNO akan dapat dibaiki lagi (termasuk komponen BN yang tak kurang hapraknya), Pembangkang sudah semakin diyakini.

Konspirasi dan pengaiban keatas Anwar dan segala pembongkaran kebusukan setiap pemimpin (waima MB dan pemimpin UMNO berstatus ulamak ketayap perang pun melakukan 1001 macam rasuah dan penyelewengan, eg Wan Mokhtar dan Yusuf Nor tidak boleh dipercayai); semua ini membuktikan bahawa UMNO sudah rosak hancur-lebur dimakan anai-anai dalam teras batang tubuhnya.

Cuma satu saja pilihan yang logik dan rasional bagi orang Melayu sekarang, iaitu UMNO/BN tidak wajar lagi disokong. Parti ini sudah tidak boleh lagi direformasikan selari dengan konsep “Reformasi dan Islah” yang diterampil dan diiltizamkan oleh Pembangkang Melayu.

Ingat KeADILan adalah kelompok anak muda berpengalaman dalam UMNO. Mereka tahu sepak terajang dan kebobrokan UMNO. Mereka ada visi dan mereka sudah mendapat sokongan ampuh 2.0 juta anakj muda terpelajar. Jangan perkecilkan jati diri dan daya juang mereka, kecuali kalau pemimpin UMNO mahu terus salah strategi lagi. Kalau kalian menafikan realiti ini – Nah! Mampuslah. Mereka tidak peduli sebaliknya “good for me”, kata mereka!!

Apakah UMNO masih bernyawa lagi? Apakah yang mesti direformasikan oleh pemimp[in UMNO lebih dulu? Kita akan lihat di Bahagian Ke-2.

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 1 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com