From: insan muda <****@yahoo.com>
Subject: ikhtilat....
Date: Mon, 12 Feb 2001 17:02:59 -0800 (PST)
akum.. ustaz... semoga dirahmati Allah sentiasa...
ana ada sedikit persoalan.... baru2 ini ana ada
bertanya berkenaan khalwat.... kali ini ana ingin
bertanya berkenaan ikhtilat.... ceritanya begini.. ada
seorang kawan ana yang tinggal beramai2, lebih kurang
6 orang lelaki dan 2 orang perempuan, di dalam satu
rumah, tetapi lelaki dan perempuan di bilik yang
berlainan.. apakah kita boleh menghukum mereka
berdosa.... adakah itu boleh kita katakan IKHTILAT??
saya teringat kata2 seorang ustaz ana dulu bahawa
sekumpulan lelaki dan perempuan berada dalam satu bas
juga dikira ikhtilat, walaupun mereka di asingkan
tempat duduk seperti lelaki di bahagian hadapan dan
perempuan di bahagian belakang.....
harap dapat penjelasan ustaz...
jazakallukhairan kathira.
sekian wassalam.
............................................................
Jawapan :
Wa`alaikum salam warahmatuLlah.
Ikhtilat (atau percampuran antara lelaki wanita) yg diharamkan pd pandangan syarak ialah ikhtilat yg membawa kpd perkara haram spt zina atau mukadimah2nya. Itu takrifannya.
Persoalan yg sdr bawa ialah ttg sekumpulan lelaki dan perempuan yg bukan muhram tinggal di bawah satu bumbung di bilik berasingan. Saya nak jawab berdasarkan realiti semasa. Biasanya tinggal serumah membawa kpd perkongsian atau pergaulan yg sukar utk dikawal, w/pun bilik tidur berasingan. Paling kurang dapur, ampaian dan bilik air dikongsi antara lelaki dan wanita itu. bagaimana nak kawal situasi spt itu drp terjebak dlm perkara haram spt pendedahan aurat, pandangan mata yg membawa fitnah dan seumpamanya.
Apabila keadaan spt itu berlaku, adalah amat sukar utk seseorg yg faham agamanya utk berkompromi atau nak kata harus tinggal serumah spt itu. ia lebih banyak membawa kpd perkara haram. Itu belum dikira kes2 keadaan kebetulan dlm satu2 masa seorg perempuan dan seorg lelaki saja yg tinggal di rumah atas sebab2 tertentu spt kawan2 yg lain semuanya keluar. Apa akan jadi jika syaitan dan nafsu menguasai ketika itu? Mungkin sekali dua boleh tahan lagi. Bila kerap, dah tak boleh tahan. Kalau satu pihak hendak dan satu lagi tak hendak, ia jadi rogol (zina paksa). Kalau dua2 pihak hendak dan bersetuju, maka zinalah jadinya.
Org Islam mesti mengambil kira itu semua sebelum nak kata harus atau halal. Kaedahnya, setiap perkara yg boleh membawa kpd haram, maka hukumnya haram. Itu namanya kaedah Saddu al-Zaraie` (menutup jalan kejahatan).
Kesimpulannya, tinggal sebumbung antara lelaki perempuan bukan muhram adalah termasuk dlm perkara dilarang dlm agama w/pun bilik berasingan, sehinggalah wujud keadaan atau kawalan di rumah itu sehingga tidak ada kemungkinan akan berlaku maksiat.
Sekian, waLlahu a`lam. wassalam
Ust Ali Muda