Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


PAS@Perpaduan(?)

From: "mat jai" <******@hotmail.com>
Subject: PAS@Perpaduan(?)
Date: Sun, 11 Feb 2001 07:55:49 +0800

Assalamualaikum Ustaz,

Isu perpaduan, perpecahan sudah menjadi sinonim dengan masyarakat Melayu sekarang. Apa yang saya pasti lain punya bangsa bertepuk tangan dengan situasi ini. Pas/BA tuduh BN yang menjana perpecahan dan BN pun kata sebaliknya, tapi kat tempat/kampung saya nun di Kedah, apa yang saya amati perpecahan melayu di sesetengah kawasan semakin terserlah dan ini amat merunsingkan saya. Saya boleh di katakan pemerhati sahaja, ini bermakna cerita ini bukan saya reka .........tapi saya pasti perpecahan melayu di sini adalah DIJANA oleh penyokong PAS, sebabnya........

Apakah yang mereka (ahli PAS) ingin buktikan kepada masyarakat kiranya sembahyang sunat Terawikh diadakan di markas yang baru 2 tahun di bina sedangkan ianya terletak di antara Surau dan masjid yang jaraknya tidak sampai 1.5 km????? Bukankah dengan berjemaah beramai-ramai adalah lebih afdal.Apa yang menterkilankan saya lagi markas ini terletak betul2 di simpang masuk kampung saya yang mana terdapatnya masjid tersebut dan akan menimbulkan persoalan kepada orang yang lalu lalang di jalan ini. Apa yang pastinya di sini sudah menunjukkkan sikap berpuak2 tanpa sebab yang munasabah.

Keduanya,apakah yang lebih utama? ugama atau parti? Kalau pas dan bn mengutamakan ugama pasti perpaduan tidak akan tergugat. Kalau kenduri-kendara pun masih lagi mahu dipulau, kalau pulau sorang2 dia takpa jugak , ni siap kempen ajak ahli pas yang lain suruh pulau kenduri kahwin tu.....

Saya nak tahu komen ngan ulasan ustaz aja tentang perkara ni. Kita kalu boleh nak jernihkan apa yang telah kita semua keruhkan. Islam adalah ugama yang menyeru perpaduan, tapi kebanyakan kita telah mengangkat parti melebihi agama, biar sapapun kita pas,BAataupun BN kita adalah melayu yang mestilah BERSATU dengan ikatan Tali ISLAM, Islam adalah bersaudara......

Ustaz, tolong sampaikan kepada semua saudara kita yang islam adalah lebih dari parti bukannya parti mengatasi agama.....

Andai tersalah cakap harap di perbetulkan dan saya mohon kemaafan.

Sekian.

......................................................................

Jawapan :

Wa`alaikum salam warahmatuLlah.

Baguslah sdr agak peka dgn perkembangan umat Islam/Melayu di Malaysia kini, w/pun analisis sdr ttg sebab perpecahan Melayu itu agak singkat dan tidak berpijak kpd dasar atau punca perpecahan.

Sdr nak tahu komen saya, maka saya bersedia memberi komen. Pd pendapat saya, adalah salah jika sdr menuduh ahli2 Pas sahaja sebg PENJANA perpecahan Melayu. Sdr berhujah dgn beberapa tindakan spt solat terawih di tempat berlainan, tak hadir kenduri dsb… Saya nak tanya sdr kenapa mereka (sesetengah ahli Pas) bersikap begitu? Apa yg mereka tak puas hati dgn org Umno? Apakah logik, mereka bertindak begitu sebg suka2 sahaja tanpa sebab? Dlm saya menyoal ini, bukan bermakna saya mengatakan tindakan mereka itu betul. Saya pun bukan bersetuju dgn semua tindakan mereka. Tetapi saya nak ajak sdr dan org2 lain berfikir dan mencari punca sebenarnya masalah itu berlaku. Dah kenal punca baru boleh selesaikan masalah.

Apa yg saya nampak, puncanya ialah ketidakpuasan hati mereka terhadap kerajaan yg diterajui oleh Umno. Maka semua org yg menyokong tindakan2 kerajaan pimpinan Umno pun terlibat sama, pd pandangan mereka. Memang begitu, kalau tak disokong, Umno tak akan bermaharajalela begitu.

Apa yg mereka tak puas hati dgn kerajaan pimpinan Umno? Terlalu banyak!!! Saya tak tahu semua sejarah pertentangan Umno-Pas. Tapi setakat yg saya ingat, banyak kezaliman yg dilakukan oleh Umno atas nama kerajaan. Pd pemimpin dan org Umno, perbuatan mereka itu tak zalim, sebab tak kena pd mereka.

Tak zalimkah, pengikut Pas yg tak bersenjata selain parang ditembak mati di Memali? Semua org Memali nampak dan tahu cerita sebenar (termasuk polis), tapi yg ditayang kat TV lain pula. Lepas tu, perbicaraan utk membela mereka yg jadi mangsa kekejaman itu tidak dijalankan atau ditangguhkan beberapa kali sampai hari ini.

Tak zalimkah, lain org yg punya angkara bawa isu perkauman 1987, pemimpin Pas pula yg kena tangkap dlm Ops Lalang? Sebaliknya, kenapa org2 Umno sendiri yg menjaja isu perkauman sampai hari ini tak pernah ditangkap atau didakwa? Kenapa pemimpin Umno yg menghasut tidak ditangkap dan didakwa?

Adilkah, semua channel TV digunakan utk memburukkan Pas, begitu juga akhbar2 perdana/harian, dlm kedaan Pas tidak berupaya dan tak diberi ruang langsung utk bersuara di Tv, radio atau akhbar harian? Apakah org Umno yg menyokong perbuatan zalim dan tidak adil kerajaan pimpinan Umno itu boleh menafikan hakikat ini? Adilkah, suara Pas yg diberi 2 kali seminggu itu melalui Harakah yg miskin itu, dicekik lagi menjadi 2 kali sebulan atas alasan menfitnah dan menghasut? TV, radio dan akhbar kawalan Umno/BN tak menfitnah dan menghasutkah? Adakah benar Harakah menfitnah? Ataupun perkara yg disiarkan Harakah itu benar, tapi tidak diberi ruang utk membuktikan sahaja? Semua org tahu ia benar, tapi ruang pembuktian tidak diizinkan. Kalau benar Harakah menfitnah semata-mata tanpa sedikit asas kebenaran, tak usah dilarang beli, org melayu dgn sendirinya akan menolak Harakah. Tapi kenapa penerimaan masyarakat (termasuk selain Melayu) semakin meningkat?

Selain yg berkaitan secara langsung dgn Pas, sebg org Islam, org Pas juga menangisi kezaliman terhadap saudara Islamnya yg lain, w/pun bukan ahli Pas spt saudara Anwar Ibrahim. Org Pas nak kan hukum al-Quran jika benar Anwar meliwat, seperti mana mereka juga hendak melihat org yg membuat tuduhan zina dan liwat terhadap Anwar dihukum juga mengikut hukum al-Quran jika gagal membuktikan (secara syariah) tuduhan terhadap Anwar. Tuduhan terhadap Anwar gagal dibuktikan secara sivil, apatah lagi secara syariah? Tapi Anwar dihukum juga. Tak zalimkah itu? hanya org Islam dlm Umno kata tak zalim!!! Maka patutlah org Umno dibenci org Pas. Membenci org yg bersekongkol dgn org zalim adalah dituntut oleh agama, benci kerana Allah s.w.t. Dlm al-Quran ada ayat yg bermaksud: " Dan jgnlah kamu cenderung kpd org zalim, nanti kamu disentuh api neraka…" Org Pas tak mahu disentuh api neraka, sebab itu mereka membenci org Umno yg setuju dgn org zalim. Tapi org Umno banyak dalihnya utk tidak menerima hukum al-Quran. Mereka ditipu oleh ulama mereka yg jahat dan mengejar dunia, kononnya hukuman ke atas Anwar itu adalah Qadha' dan Qadar Allah s.w.t. Ini adalah fahaman mazhab sesat al-Jabariyyah yg pernah berlaku di zaman awal Islam. Apa2 saja kejahatan yg dilakukan, "takdir" kata mereka. (Tapi bila Tuan Guru Hj Hadi kata seperti itu kpd org yg dipecat di Terengganu selepas Pas memang, org Umno tak boleh terima pula.) Pd org Umno, kononnya kalau Anwar benar tak liwat, takkanlah dia dihukum! W/pun juak2 Umno tu pun tahu bagaimana pihak pendakwa di bawah kawalan pemimpin Umno berhempas pulas nak menuduh Anwar sehingga tuduhan diubah-ubah beberapa kali.

Adakah adil wang royalti yg tertulis dlm perjanjian sebg "royalti" diubah menjadi wang ihsan sebaik saja Pas dapat Terengganu? Sedangkan itulah juga bentuk perjanjian dgn Sabah dan Sarawak. Kenapa di sana tak jadi wang ihsan pun? Kalau benar Umno ikhlas dlm dakwaan mereka, kenapa tak ubah royalti itu kpd ihsan semasa BN memerintah lagi? Sifat siapakah yg suka melanggar perjanjian ini??? Adakah itu sifat org Islam sebenar???

Itulah antara ketidak puasan hati Pas terhadap Umno, yg lain banyak lagi. Tak larat dah nak senaraikan semua sebab banyak sangat. Dgn kejahatan , kezaliman dan ketidak adilan kerajaan pimpinan Umno terhadap pihak yg dinamakan pembangkang, apakah sdr nak harapkan org2 Pas nak berbuat baik terhadap org yg sepak, terajang, sekeh, buli, tinju, maki dll terhadap mereka. Mereka juga ada hati perut, ada perasaan, ada maruah. Mereka tu juga org Melayu, kalau benar dan ikhlas Umno kata mereka nak bela nasib Melayu.

JADI, jgn salahkan org2 Pas sahaja bila mereka tak berbaik dgn org Umno. Jgn sdr nak harapkan mereka pergi ke masjid yg AJKnya org Pas dipecat semata-mata kerana mereka org Pas, w/pun yg memilih mereka dahulu adalah ahli kariah masjid itu.

Kalau sdr nak nasihatkan org Pas supaya berpegang dgn tali Allah, baik sdr nasihatkan dulu org Umno tu supaya bertaubat drp melakukan kezaliman, ketidak adilan terhadap Pas.

Saya tak nak bela sangat apa2 yg kurang baik pd mata masyarakat, dilakukan oleh org Pas. Tapi saya juga tak boleh paksa mereka berbuat baik kpd org yg pernah dan masih berbuat jahat kpd mereka. Maka saya amat bersetuju bila Pas mengenakan syarat2 seblm bertemu dgn pemimpin Umno utk bincangkan perpaduan. Maknanya tu, Umno dah nak insaf atau bertaubat. Org yg nak bertaubat kena mintak maaf dulu dan memperbaiki dulu kejahatannya sebelum diterima taubatnya. Kalau tidak, itu taubat main2 namanya. Tak ikhlas dan hanya nak pasang perangkap yg seterusnya.

Kalau sdr nak nasihatkan Pas supaya utamakan agama di atas parti, nasihatkan dulu supaya Umno utamakan tuntutan agama di atas parti sekularnya. Antara tuntutan agama ialah jgn berlaku zalim, perbaikilah perbuatan jahat, meminta maaf dan sebagainya.

Adakah sdr boleh terima komen saya ni setelah sdr minta saya komen? Sdr dah faham ke belum sebab2 perpecahan itu? Kalau dah faham, cadangkan kpd sahabat2 sdr supaya settle kan dulu sebab2 perpecahan itu.

Sekian, wassalam.

Ust Ali Muda


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 22 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com