Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Filem Hindustan Ditatang, Ulama' Ditendang

Hilangnya Aqal Budi Umat Islam di Malaysia

Sudah jelas bahawa umat Islam di Malaysia sudah hilang sensitiviti aqidah kerana tidak dapat mengaitkan kehidupan sekeliling sebagai satu kehidupan beragama. Amat menyedihkan bila seorang ulama’ yang diyakini ilmunya diperlekehkan atas teguran dan nasihat yang bersangkut paut dengan filem hindustan. Media MUNAFIQ arus perdana dengan terang benderang memberikan laluan kepada tulisan yang boleh menjejaskan kefahaman dan aqidah umat Islam di Malaysia, yang sememangnya sudah tidak faham aqidah Islam dan Islam itu sendiri. Komen demi komen negatif dilemparkan terhadap para ulama’, mufti, ustaz dan kepada mereka yang diiktiraf atas disiplin ilmu Al Quran dan Al Hadithnya. Rasulullah SAW memberi peringatan di dalam sebuah hadithnya:

“Dari Sahl bin Saad as Saaidi r.a berkata: Rasulullah SAW bersabda; “Ya Allah! Jangan Kau temukan aku dan mudah-mudahan kamu (sahabat) tidak bertemu dengan suatu zaman di mana para ulama’ sudah tidak diikut lagi, dan orang yang penyantun sudah tidak disegani lagi. Hati mereka seperti hati orang Ajam (pada fasiqnya), lidah mereka seperti lidah orang Arab (pada fasihnya).”

(Hadith riwayat Ahmad)

Kenyataan ulama’ sudah diputar belitkan mengikut hawa nafsu mereka. Filem Hindustan menjadi kiblat mereka, dengan sedaya upaya mencari kebaikan yang sedikit di dalam filem hindustan yang sudah jelas tidak berakhlaq. Alasan untuk berhibur dan mendapat pengajaran dari filem hindustan adalah alasan yang lemah. Rujukan mereka adalah kepada aqal dan logik mereka sendiri. Sedar tidak sedar akan tindakan mereka akan membawa kepada kebinasaan. Ini adalah kerana jiwa, hati, aqal, logik dan pemikiran semuanya adalah hak milik Allah dan menyuruh manusia untuk menyerah diri hanya kepada Allah :

1) “Dan tidak Aku menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu, Aku tidak sekali-kali menghendaki rezeki sedikit pun dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi Aku makan, sesungguhnya Allah, Dialah yang Maha Pemberi Rezeki yang mempunyai kekuatan lagi sangat kukuh.” (Az-Zaariyat : 56)

2) “Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami meciptakan kamu untuk bermain-main (sahaja) dan kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami, maka maha suci Allah raja yang sebenarnya tiada Tuhan selain Dia, Tuhan (yang mempunyai) arasy yang mulia.” (al-Mu’minuun : 115-116)

3) “Dan jiwa serta penyempurnaan (penciptaannya) maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasiqan dan ketaqwaannya, sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu dan sesungguhnya rugilah yang mengotorkannya.” (Asy-Syams : 7-9)

Tiga ayat Allah di atas sudah cukup memberikan kita petunjuk bahawa jiwa manusia itu diciptakan hanya untuk Allah dan di mana harus kita cari ruang untuk filem Hindusatan, dunia Bollywood, dan para artisnya? Pada waktu bilakah kita dapat mengingati Allah ketika menonton filem Hindustan yang jelas melekakan. Sesungguhnya tidak ada. Maka alasan untuk berhibur, mendapat pengajaran, mengambil iktibar dari cerita adalah alasan yang dangkal ilmu dan dari hati yang tertutup dengan ilmu Allah. Ini bertepatan dengan hadith Rasulullah:

“Daripada Abdullah bin Amr bin ‘Ash r.a berkta: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda;”Bahawasanya Allah SWT tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah SWT menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka kan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain.”

(Hadith Riwayat Muslim)

Serangan Terhadap Ulama’ Sudah Kembali

Dalam kes fatwa terhadap filem Hindustan, sebuah akhbar berbahasa Inggeris The Sun bertarikh 21 Februari 2001, pada muka surat 19. Tulisan Akbar Ali jelas, telah membunuh peribadi mufti yang juga ulama atas fatwa filem hindustan yang dibuat. Beliau telah menyifatkan ulama sebagai tidak berfikiran terbuka dan menyindir serban para ulama terlalu ketat dan tidak dapat berfikir dengan baik. Serangan fitnah terhadap ulama’ juga jelas apabila beliau memperlekehkan fatwa mengharamkan rokok dengan mengatakan mendakwa bahawa ulama’ juga ada yang menghisap rokok. Penulis yang tidak diketahui beragama apa ini juga mendakwa bahawa fatwa membuat muzik video dengan Allahyarham P. Ramlee sebagai menjejaskan aqidah adalah tidak munasabah. Isu- isu agama Islam di Malaysia telah disentuh oleh penulis ini termasuk mempertikaikan solat hajat dan mempersoalkan haram menyambut tahun baru.

Perkara-perkara tersebut disentuh kerana kes wanita-wanita yang ditangkap di Muar yang sedang melakukan upacara bersama bomoh di sungai dlam keadaan berbogel. Penulis tersebut juga pada akhir kolumnya mempertikaikan tindakan para ulama dan mufti yang tidak dapat menyelesaikan kes-kes ajaran sesat.

Melihat Masalah yang Bukan dari Punca Asalnya.

Meninjau kepada penulis-penulis yang menyerang para ulama’ sebenarnya membuka pekung di dada mereka sendiri. Kejahilan agama jelas terpampang pada fikiran mereka. Akhbar-akhbar pula jelas menyiarkan kejahilan mereka itu. Oleh itu, akhbar arus perdana kini sudah hilang kredibiliti keilmuannya. Jika hendak mengajak kepada kebaikan, perlu kepada menegah kejahatan pada masa yang sama. Orang yang mengikuti ajaran sesat, sudah tentu dia dalam keadaan sesat ilmu, tidak ada pengetahuan tentang Islam, fardhu ainnya, kifayahnya, halal dan haramnya segala hukum hakamnya secara komprehensif. Ianya perlu bermula dari sistem pendidikan. Apa yang berlaku dalam sistem pendidikan pada hari ini ialah agama satu aliran dan konvesional satu aliran. Di dalam Islam tidak ada konsep sebegitu rupa. Islam merupakan satu deen (agama) cara hidup yang bersangkut paut dengan kehidupan kita seharian. Agama Islam yang dipecah-pecahkan mengikut kehendak aqal akan menyesatkan dan lebih merosakkan pemikiran umat Islam. Setinggi mana seseorang itu berilmu dalam ilmu konvensional, tetapi sekiranya tidak faham Islam maka tidak hairan jika seorang doktor, akauntan, jurutera pun turut sama mengamalkan ajaran sesat. Sesungguhnya sistem pendidikan di negara ini pun sudah sesat maka jelaslah kesesatan bagi mereka yang ta’asub mempertahankan sistem sekarang. Oleh itu, adalah membuang masa kita untuk menjalankan seminar ajaran sesat atau pun konferens bagi menangani ajaran sesat, kerana masalah ini tidak akan selesai sekiranya sistem itu tidak diolah mengikut sistem pendidikan Allah SWT.

“Maka pernahkah kamu melihat orang-orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya, dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya. Maka siapakah yang akan memberi petunjuk setelah Allah (membiarkannya sesat) maka mengapa kamu tidak mengambil pengajaran” (Al-Jathiyah:23)

Demikianlah jadinya bila mana tidak menjadikan ajaran Allah sebagai petunjuk dalam permasalahan dan penyelesaiannya.

Penegasan kepada MEDIA MUNAFIQ ARUS PERDANA

Media merupakan satu wadah yang cukup mantap dalam mempengaruhi pemikiran sebuah masyarakat. Sikap dan aliran pemikiran masyarakat banyak bergantung kepada media. Media boleh dijadikan ‘benchmark’ dalam mengukur tahap intelektual sesebuah masyarakat. Sekiranya media tersebut banyak menghidangkan hiburan yang melekakan maka sudah tentu ‘trend’ tersebut ada pada kebanyakan masyarakat. Sekiranya Media tersebut banyak mengeluarkan tulisan-tulisan yang mencederakan tahap keilmuan seseorang maka masayarakat akan memikirkan yang sama. Demikian juga Media mapu mencorakkan pemikiran masyarakat secara massa dan umum. Begitu hebat kuasa media sehingga boleh mengiktiraf kemungkaran sebagai kebaikan dan kebaikan sebagai kemungkaran. Maka, demi Allah yang berkuasa terhadap langit dan bumi bersamalah kita berdoa agar dilindungi dari sebarang azab dan bala bencana.

“Daripada Ali bin Abi Thalib r.a, Rasulullah SAW bersabda; “Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu:

1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu
2. Apabila amanah dijadiakan suatu sumber keuntungan
3. Zakat dijadiakan hutang
4. Suami memperturutkan kehendak isteri
5. Anak derhaka terhadap ibunya
6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya
7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid
9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya
11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat
12. kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
13. Para artis disanjung sanjung
14. Muzik banyak dimainkan
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat)

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun akan dirobah menjadi makhluk lain”.

(Hadith riwayat Tirmizi)

Al faqir ila Allah,
Alim Mujahid
FPP, UiTM


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 22 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com