Dalam keghairahan Umno dan akhbar pembodek
mempromosikan muzakarah Umno -PAS tiba-tiba pembaca
didedahkan pula masalah kos air pengguna negeri
Selangor meningkat sehingga ketahap 100%.Ini sangat
memeranjatkan pengguna dan rata-rata rakyat membantah
termasuk penyokong totok Umno yang memenangkan Umno
dalam pilihan raya lepas.Kepada orang Umno terima
sajalah kenaikan ini dan semestinya mengucapkan terima
kasih kepada kerajaan Selangor yang membekalkan air.
DPIM (Dewan Perniagaan Islam Malaysia) dalam akhbar UM
pada 17 Februari 2001 melapurkan bahawa kos
pembersihan air meningkat sejak ianya diswastakan 1995
dan keuntungan JBAS berkurangan.Kos pembersihan air
1994 oleh JBAS adalah RM 62.2 juta tetapi pada 1995
(setelah diswastakan) meningkat kepada RM 188.1
juta.Peningkatan hampir 200%.DPIM menyatakan
keuntungan JBAS terus meningkat mulai 1991 sehingga
1994. Sebagai contoh tahun 1994 JBAS untung RM 168
juta berbanding 1995 JBAS hanya untung RM 77.6 juta.
Perkara kedua DPIM menyatakan perbelanjaan baik pulih
dan pembaharuan paip air adalah RM 1 billion.Tetapi MB
Selangor mengatakan RM 1 billion adalah jumlah subsidi
kerajaan kepada pengguna. Ini dua hal yang sangat
berbeza.
Sesungguhnya wahai rakyat dan pengguna air Selangor
termasuk penyokong BN dan Umno kos ini dinaikkan
adalah untuk kepentingan politik MB Umno khususnya MB
Selangor untuk mengekalkan kuasa.
Proses pembersihan air negeri Selangor dikuasai
sebuah syarikat kroni Umno ,Puncak Niaga.Kos kenaikan
bil air yang disarankan semestinyalah menjamin
keuntungan berlipat ganda yang akan diperolehi Puncak
Niaga.Keuntungan berlipat ganda ini ada hubung kaitnya
dengan terlantiknya salah seorang AJK Umno Tg.Karang
dalam Puncak Niaga.Beliau diberi jawatan penting dalam
Puncak Niaga.
Apa hubung kaitnya dengan MB Selangor?. Puncak Niaga
telah bersetuju menyalurkan RM 500 juta kepada MB
Selangor untuk diagih-agihkan kepada kontrktor kroni
Umno. Dan Tg.Karang sahaja Puncak Niaga bersetuju
menyalurkan peruntukan sebanyak RM 200 juta untuk
kontraktor kroni MB Selangor. AJK Umno Bahagian
diletakkan diPuncak Niaga bagi memastikan penyaluran
wang tersebut berjalan lancar.
Kesimpulannya adalah kos air meningkat adalah subsidi
politik Umno untuk khususnya survival politik Khir
Toyo melalui Puncak Niaga.
Pihak BPR diharap dapat mengawasi kegiatan Puncak
Niaga dan Umno Selangor.
Oleh
Pengguna Air Selangor.