Kampung Banggol Donas,
Dun Telok Pasu,
Parlimen Kuala Nerus,
Terengganu Darul Iman.
--------------------------------------------------------------------------------
Tarikh : 14 Feb.2001
Pihak-pihak Berkenaan,
Tuan/puan,
Penghulu Tidak Menduduki Rumah Yang Disediakan Oleh Kerajaan.
Perkara di atas adalah dirujuk.
Saya mewakili penduduk-penduduk kampung Banggol Donas, Kuala Terengganu,
ingin membuat satu laporan tentang ketidak puasan hati penduduk setempat ten-
tang Penghulu Mukim kami yang tidak menduduki rumah yang disediakan oleh
pihak pemerintah tidak sebagaimana Penghulu Mukim yang lepas.
Sehubungan dengan itu, kami penduduk setempat begitu sukar sekali untuk ber-
urusan dengan beliau memandangkan beliau tidak menduduki rumah berkenaan
sehinggakan rumah berkenaan diselubungi oleh lalang dan semak.
Beliau sendiripun amat jarang sekali menjenguk kami kecuali ada urusan-urusan
tertentu sahaja barulah kami dapat bertemu dan berurusan dengan beliau.
Akhir sekali kami penduduk setempat, merayu agar pihak-pihak berkenaan
menangani permasalahan tersebut dengan seberapa segera.
Sekian , Assalamualaikum.
" BERKHIDMAT UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA."
Yang Berharap,
Wakil Penduduk Kampung Banggol Donas,
Kuala Terengganu.