Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Email Webmaster Pro-Reformasi

KENYATAAN MEDIA

Pada 27 Januari lalu, Pemuda Barisan Alternatif telah melancarkan laporan polis beramai-ramai berhubung salahlaku Dato’ Sri Dr. Mahathir Mohamad, Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Tajuddin Ramli yang dipercayai meraih keuntungan peribadi dalam pembelian saham MAS oleh Menteri Kewangan diperbadankan daripada Naluri Bhd dengan harga yang tidak munasabah.

Malangnya sehingga kini, tiada tindakan diambil oleh pihak Polis Di Raja Malaysia untuk memanggil ketiga-tiga pihak yang didakwa terlibat sepertimana dalam laporan yang ditandatangani oleh 1336 orang pelapor yang telah melancarkan laporan polis mereka di Balai Polis KLIA. Lebih mengecewakan kami, orang yang dipanggil untuk disoalsiasat kini bukanlah Dr. Mahathir, Daim atau Tajuddin tetapi Sdr Ezam Mohd Nor, Ketua Pemuda KeADILan.

Sehubungan dengan itu, Majlis Pimpinan Pemuda Barisan Alternatif sepakat untuk menggembling tenaga semua penyokong kami untuk beramai-ramai turun ke Ibu Pejabat Polis Kontigen Selangor di Shah Alam pada 2 Mac ini jam 2.00 petang, bagi mengiringi Sdr Ezam.

Kegagalan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan ke atas “Perompak Negara” yang tidak henti-henti menggunakan dana rakyat untuk menyelamatkan kroni dan suku-sakat mereka amat kami kesali. Kami faham kegagalan mereka melaksanakan tanggungjawab mereka itu disebabkan tekanan yang mereka hadapi daripada ahli politik yang cukup terdesak.

Pada tarikh yang sama juga, Majlis Pimpinan Pemuda Barisan Alternatif akan melancarkan Gerakan Menyelamatkan Wang Rakyat yang dipengerusikan oleh YB Sdr Haji Mahfuz Omar, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat untuk menangani masalah tersebut. Majlis pelancaran itu akan dilaksanakan di Markas Tarbiyah PAS di Taman Melewar, Gombak Selangor jam 9.00 malam.

Gerakan Mengembalikan Wang Rakyat yang turut didokongi oleh NGO, Pertubuhan Pelajar dan pelbagai pihak ini akan mengadakan “road-show”nya di negeri Johor pada 3 Mac, Kelantan - 11 Mac, Kedah - 14 Mac, Pahang - 23 Mac, Negeri Sembilan - 28 Mac, Perak - 1 April dan Selangor pada 3 April 2001.

Semua aktivis masyarakat, badan bukan kerajaan (NGO), pejuang-pejuang kebenaran dan hak asasi manusia serta rakyat Malaysia yang perihatin terhadap masalah yang melanda negara kini diseru untuk menyertai kami bagi memastikan hak kita bersama diselamatkan.

“SELAMATKAN NEGARA KITA”

LOKMAN NOOR HAJI ADAM
Setiausaha Pemuda Barisan Alternatif

s.k. Majlis Pimpinan Pemuda Barisan Alternatif


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 28 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com