Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Kubang Pasu 14 Febuari...GEMPAR!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Menurut laporan yang diterima, semalam 14 Febuari 2001 suatu perhimpunan ceramah umum telah diadakan di Kubang Pasu, Kedah. Ini adalah tempat Mahathir Mohammad dan Daim. Antara penceramah-penceramah yang hadir adalah Sdr. Ezam Mohd Nor, YB. Mohd Sabu, YB. Saifuddin Nasution serta ramai lagi.

Dibimbangi ceramah ini akan mendapat sokongan yang banyak yang mana ini akan memalukan perdana menteri Mahathir Mohammad (kerana ini adalah kampung halaman beliau) pihak polis dan FRU telah melancarkan sekatan jalanraya besar-besaran di sepanjang jalan menuju ke tempat ceramah. Namun, dalam keadaan begitu sekalipun, jumlah bilangan penyokong yang datang memberikan sokongan pada ceramah tersebut dianggarkan seramai 20,000 orang (jika tidak lebih). Syabas diucapkan!

Sandiwara kerajaan mahazalim Mahathir Mohammad tidaklah berakhir di situ sahaja. Polis dan FRU mungkin tidak berpuas hati kerana sekatan-sekatan jalanraya yang begitu ketat ytang diadakan kelihatan tidak berjaya menghindarkan orang ramai daripada terus datang memberikan sokongan dan melihatkan jumlah yang hadir begitu ramai, mereka (anjing-anjing kerajaan Mahathir) telah mengambil keputusan untuk mengganggu ceramah tersebut.

Ceramah YB. Mohd Sabu diikuti dengan ceramah YB. Saifuddin, kemudian seterusnya pihak polis dan FRU telah merempuh masuk ke tempat ceramah dan cuba untuk menyuraikan orang ramai yang sedang khusyuk mendengar ucapan pimpinan-pimpinan Barisan Alternatif. apabila tiba giliran Sdr. Ezam, sewaktu beliau berceramah ketika doa sedang dibacakan, anjing-anjing polis dan FRU telah bertindak ganas secara tiba-tiba. Dianggarkan 2 buak trak 'water-canon' dan 7 buah trak FRU yang berada di tempat kejadian telah bersama-sama menyerang orang rami yang sedang berhimpun secara aman hanya untuk mendengar ceramah. Air asid dan gas pemedih mata telah ditujukan terus ke arah orang ramai yang mana mereka ini adalah rakyat Kubang Pasu iaitu pengundi-pengundi Mahathir Mohammad sendiri. Semua orang, tidak mengira tua atau muda, telah di sembur air asid menyebabkan ramai yang terjejas penglihatan mereka. Air asid juga disembur ke arah pentas ceramah yang membuktikan polis dan FRU memang sengaja inginkan sesuatu yang buruk terjadi kepada penceramah pada majlis itu. Pancutan air asid yang begitu kuat telah menyebabkan pentas yang dibina rosak teruk dan sepihannya berterbangan. Ramai orang terutama warga tua dan wanita yang lemah telah tidak berdaya menahan tekanan air asid lalu tercampak ke dalam longkang berhampiran.

Kes semalam telah membuktikan Mahathir Mohammad begitu takut dan risau kerana ceramah yang diadakan oleh pihak pembangkang telah berjaya menarik begitu ramai penyokong meskipun tempat perhimpunan itu diadakan adalah telah asal beliau sendiri. Beliau telah bertindak munghukum rakyatnya sendiri yang mana mereka inilah yang telah mengundi beliau dalam pilihanraya-pilihanraya umum yang sudah. Dengan bertopengkan polis dan FRU serta Kementerian Dalam Negeri, beliau telah mengarahkan supaya rakyat-rakyat ini diseksa sebegitu rupa hanya kerana mereka hadir mendengar ceramah pembangkang. Sekarang rakyat Kubang Pasu khasnya, dan seluruh negara amnya, haruslah membuat pertimbangan yang sewajarnya dari kejadian semalam tentang siapakah yang mahazalim dan memerintah secara diktator????????? Bangkitlah rakyat, jangan lagi diperdaya, kita sama-sama majukan agenda kita, iaitu agenda REFORMASI demi menyelamatkan tanahair tercinta Malaysia ini.

Sehingga kini belum dapat dibuat keputusan tentang sesiapa yang telah ditangkap pada ceramah tersebut. Dikatakan gambar-gambar di tempat kejadian sempat dirakamkan dan kami akan memaparkannya di sini apabila diterima nanti.

Sekian. REFORMASI!!!

Membujur lalu, melintang patah,
namun REFORMASI tetap diteruskan,
Webmaster.

==
Webmaster Pemuda KeADILan


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 17 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com