Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Wang Ehsan.... Melayu Pembohong... China Bongkar Rahsia..

Mulut tempayan mana dapat nak ditutup. Itulah kesimpulannya apabila terbongkar sudah apa yang dikatakan pembelanjaan wang ehsan di serata negeri Terengganu baru-baru ini... rupa-rupanya bohong belaka.

Benarlah kata-kata hikmat... saudara ku DSAI ... "dia boleh rancang apa yang dia nak buat... tapi Allah sebaik-baik perancang"...

Sebelum tu... heboh dan kecoh di negeri Terengganu kononnya pemberian wang ehsan dari royalti minyak untuk negeri Terengganu telah dibuat oleh perompak no.1 negara. Baik Pak Lah... baik Deris Jusuh.. dan beberapa orang munafik negeri... sibuk menjaja ke sana-sini, cara mereka agih wang ehsan lebih adil..dan di sokong rakyat teramai... tetapi hari ini rahsianya sudah terbongkar...

Sumber pengagihan wang tersebut adalah jelas bukan dari wang ehsan... tetapi adalah dari peruntukan yang dinamakan " Peruntukan Kewangan Khas" untuk negeri Terengganu. Hal ini telah didedahkan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Latuk Chan Kong Choy pada hari Rabu, 21 Feb. 2001, di negeri Terengganu.

Pendedahan yang menceritakan sebanyak RM28 juta telah dihabiskan untuk tujuan pelbagai agenda termasuk bantuan mangsa bencana dari peruntukan sejumlah RM480 juta itu meludahkan air liur basi ke muka penipu-penipu UMNO di negeri Terengganu. Mereka yang turut subahat berbohong termasuklah seorang yang menjadi Pengerusi UMNO negeri yang asalnya dari keturunan ulama', seorang lagi yang gila talak kerana kalah kepada anak murid dan ramai lagi yang menjadi ibu mengkarung atau Pak Ko, atau beruk Mat Yeh yang tersengih-sengih kerana dapat makan ulat daun pisang... mulut gatal gelebek pun tak per...

Dengan pendedahan ini saya harap ahli parlimen BA.. bolehlah membawanya ke parlimen untuk mengetahui kedudukan sebenar hal tersebut.. cukuplah rakyat Terengganu ditipu... satu salinan keratan akhbar berhubung berita tersebut akan saya kirimkan kepada akhbar Harakah... dan juga warta negeri Terengganu untuk dihebahkan ke seluruh negara... insyaAllah...

Cuma tengoklah sehari dua ni... Latuk Chan... kamu pasti kena panggil... dah ada hadiah menanti kamu... tak lupa telima kasih latuk...


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 27 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com