Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


UMNO mengharamkan sekolah Islam

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

UMNO mengharamkan sekolah Islam.

Baru-baru ini, Ustaz fadhil Noor Presiden PAS dalam ceramahnya tentang isu SRJC Damansara, " Kalau sekolah Cina pun boleh disuruh tutup , tak peliklah sekolah Islam pun nanti akan disuruh tutup".

Ada tepat juga telahan beliau, kerana itu stail UMNO dari dulu lagi.

Dua hari kemudian Dr. Mohd Khir Toyo membuat pengumuman JAIS menutup sekolah menengah agama At Tahali di Rawang. Katanya kerana ini sambungan sekolah Arqam yang nak dihidupkan semula.

Sebenarnya Umno yang tak berjiwa Islam ini memang tak suka orang belajar dan amal Islam sungguh-sungguh, kerana ianya akan menjauhkan dari Umno. Akhirnya bila mengundi nati pangkah PAS.

Nafsu jahat pemimpin Umno ini tak puas dengan kezalimannya, dulu mereka telah menutup sekolah-sekolah Arqam lebih dari seratus bilangannya.

Sedangkan sekolah kerajaan itu penuh dengan maksiat, mendedah aurat, jantan betina bergaul bebas,banyak program melalaikan kepada Allah.

Semuga Allah cepat gulung tikarkan Umno, pemimpinnya berterusan bergaduh sesama sendiri.

Marilah kita terus dan meningkatkan iman dan mengamalkan Islam, supaya Allah menolong umat Islam.

Sekian, wassalam.

Abu Bakar Sidiq


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 18 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com