Topik perbincangan yang hangat dibualkan di warong-warong kopi sehinggalah ke tempat-tempat ekslusif berkisar kepada pertemuan PAS-UMNO. Soal menang kalah usah kita pertikaikan dahulu tetapi pandangan-pandangan rakyat yang di'upload' ke internet perlu diambil kira.
1. Apabila seseorang telah tertekan mesti diusahakan supaya tekanan itu di'distributekan' kepada orang lain. Ini adalah satu tektik survival. UMNO/BN akan menggunakan segala kepakaran untuk menundukkan musuh mereka. Masih ingat motto politik mereka? Musuh boleh jadi rakan dan rakan boleh jadi musuh.. Pembangkang juga telah bersiap sedia dengan perisai penangkis dan peluru serangan mereka. Menjelang pertemuan pada 19hb Februari nanti masing-masing telah bersiap-sedia menguji kepintaran berpolitik mereka.
2. Sebelum pertemuan lagi UMNO/BN telah mendapat advantage tentang isu Ust Nasahrudin bertie dan berkot tidak bersongkok. Walaupun ini perkara remeh tetapi media telah membesarkannya. Penyokong-penyokong PAS/BA telah mula bertanya itu-ini dan terpaksalah pemimpin-pemimpin PAS berceramah membetulkan keadaan. UMNO/BN ketawa di belakang sebab telah dialihkan pandangan mereka daripada isu-isu hangat seperti kerajaan Swiss hendak bekerjasama tentang kes Perwaja begitu juga dengan bon 19 billion PUNB. Mereka sebenarnya telah mencubit sedikit perpaduan yang utuh di kalangan BA. 'They're trying to test the water' dengan izin.
3. Pemilihan di peringkat UMNO akan berlaku tidak berapa lama lagi. Inilah sebenarnya isu yang akan dieksploitkan sepenuhnya jika pertemuan 19-2 gagal atau berjaya. UMNO akan dapat modal dari pihak lawan. Tidak dinafikan UMNO/BN menguasai media. Maklumat itu power. Pembangkang terpaksa bergelut dengan kekurangan media untuk menerangkan keadaan yang sebenar. Sedang pembangkang bertungkus lumus menenangkan keadaan, UMNO/BN akan timbulkan isu-isu yang lain pula. Pi mai pi mai tang tu juga sehinggalah 2004. UMNO/BN bijak mengekploitasi keadaan sebab mereka mempunyai kepakaran brain and money work (BMW).
Sebelum pertemuan dimulakan dicadangkan agar PAS duduk semeja dengan komponen BA yang lain. Adakan brain storming. Jika UMNO/BN boleh melihat ¾ langkah ke depan PAS/BA juga perlu melihat 7/8 langkah maju ke depan lagi. UMNO/BN telah design pertemuan ini lebih awal lagi oleh think-tank mereka bukan saja di dalam negeri malah pengalaman-pengalaman luar negeri. Ini menguji kecekapan namanya. Siap cekap dia dapat. Perlu diingat UMNO/BN mempunyai 1001 strategi dan PAS/BA mesti mempunyai 2002 strategi. Adat bertanding siapa cepat dia dapat.
Dua gelas kopi 'o' peng telah terhidang di depan. Selamat bertemu dua tokoh handalan.